Sahabat

Thursday, September 29, 2011

10 Surah Yang Dapat Menghalang Kejahatan

1-Surah al-Fatihah dapat menghalang kemurkaan Allah SWT
 سورة يستمنع عطش يوم القيامة

2-Surah Yasin dapat menghalang kehausan pada hari qiamat.
 سورة الدخانتمنع أهوال يوم القيامة

 3-Suran Ad-Dukhan dapat menghalang dugaan pada hari qiamat.
 سورة الواقعةتمنع الفقر

4-Surah Al-Waqiah dapat menghalang dari kefakiran.
 سورة الملكتمنع عذاب القبر

5-Surah Al-Mulk dapat menghalang daripada azab kubur.
 سورة الكوثرتمنع الخصومة

6-Surah Al-Kauthar dapat menghalang daripada perbalahan.
 سورة الكافرونتمنع الكفر عند الموت

 7-Surah Al-Kafirun  dapat menghalang daripada mati dalam keadaan kufur.
 سورة الإخلاصتمنع النفاق

 8-Surah Al-Ikhlas dapat menghalang daripada sifat munafiq.
 سورة الفلقتمنع الحسد

 9-Surah Al-Falaq dapat menghalang daripada sifat hasad.
 سورة الناستمنع الوسواس

 10-Surah An-Nas dapat menghalang daripada penyakit was-was.

Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/05/cara-pasang-facebook-like-button.html#ixzz1YTMVPkHZ

Monday, September 19, 2011

Orang Teraniaya, Doanya Tiada Hijab


Jika diikutkan hati yang marah dan geram mahu sahaja aku habiskan riwayat orang-orang yang zalim dan yang suka menganiaya orang lain. Tapi disebabkan undang-undang yang menghalangkan aku berbuat demikian, aku pasrah kepada-Mu Ya Allah SWT dan menyerahkan hidup ini bulat-bulat kepada-Mu!. Ku mohon pertunjuk dan pertolongan di saat-saat yang mencemaskan dan menyedihkan. Hanya Kau yang dapat membalas perbuatan orang-orang yang zalim diatas muka bumi ini.



Kisah ini baru berlaku dua hari yang lepas, semasa anak perempuanku balik ke UTM, Sekudai, Johor Bharu memulakan pengajian semester terakhir. Kejadian kecurian dompet berlaku semasa beliau ke tandas di tempat rehat Yong Peng. Dompet yang disimpan dalam beg galas terlupa dibawa bersama semasa turun dari bas ekpress Teluk Intan ke Johor Bharu. Apabila kembali semula ke tempat duduk, didapati dompetnya telah hilang. Pada masa itu jam baru 2 pagi. Jadi beliau menghubungi penulis tentang kecurian dompetnya. Ayah mana yang tidak risau sekiranya anak perempuan pula, keseorang ditempat orang tanpa wang untuk meneruskan perjalanan balik. Wang yang diberi termasuklah perbelanjaan harian sehingga mendapat biasiswa hujung bulan nanti.

Dalam keadaan tertekan, hanya Allah SWT tempat aku mengadu dan memohon pertolongan-Nya. 

Ayat-ayat yang penulis baca semasa tertekan malam itu:-
1. Selawat Nabi 11 kali.
2. Alfatihah 11 kali - dihadiahkan kepada Nabi Muhammad SAW, sahabatx dan keluarganya. Wali-wali Allah, yg baru mati dan arwah.
3. Doa Qunut Nazilah 11 kali - dituju kepada orang yang menganiaya. (Yang Mencuri).
4. Doa diminta - mohon pulangkan dompet sahaja.
Rasulullah SAW, bersabda, "Tiga orang yang do'anya dikabulkan: Do'a orang tua, musafir dan orang yang dianiaya".
InsyaAllah Allah SWT akan memakbulkan lambat atau cepat. Dalam kes anakku. Ada seorang hamba Allah yang baik menghulurkan sedikit wang untuk anakku meneruskan perjalanan balik ke kampus. Pada jam 5 pagi, anakku menerima satu panggilan telefon dari pemandu bas dan memberitahu dompet sudah dijumpai di dalam bas. Hanya RM 40 sahaja yang hilang. Baki wang lain tidak diambil. Mungkin yang mencuri itu kasihan atau takut untuk mengambil kesemuanya. "Terima kasih Ya Allah," kerana memakbulkan permintaan hamba mu yang lemah ini!.    

Ada satu kisah lagi orang yang dianiaya, seorang kawan, anaknya bernama Imran dianiaya atas kes samun 2 tahun yang lepas. Segala usaha dibuat oleh ayahnya untuk menyelesaikan supaya anaknya tidak dipenjarakan. Sebenarnya anak beliau bergaduh pasal kes perempuan yang diganggu oleh seorang pemuda dari kampong seberang. Semasa berlaku pergaduhan, barangan seperti telefon bimbit dan pakaian habis rosak. Pemuda tersebut membuat laporan polis. Tetapi seorang anggota polis yang tidak bertugas pada hari itu  yang berada di Balai Polis, pula yang sibuk masuk campurtangan dan menyebelahi pemuda itu. 

Beliau menasihat pemuda itu supaya membuat laporan polis bahawa beliau telah disamun oleh Imran. Kes samun berat hukumannya berbanding kes gaduh. Masa depan Imran boleh terjejas kerana pada masa itu beliau sedang menunggu keputusan SPM. Bapa Imran cuba merayu dan memohon belas kasihan dari anggota tersebut. Tapi dengan sombong beliau berkata, "Siapa yang berkuasa sekarang".

Imran ditahan reman dan di#@$%&* semasa dalam lokap. Bapa mana yang tidak sedih jika berlaku pada anak kita. Lebam sana sini. Bapa Imran bukannya orang senang. Kerja kampong sahaja. Mana nak cari duit untuk menjamin anaknya.  

Setelah menghubungi penulis atas kejadian itu, penulis menasihat beliau supaya banyak bersabar dan berdoa supaya Imran dibebaskan dengan kes gaduh sahaja. InsyaAllah terlepas juga Imran dari kes samun cuma membayar kos kerugian telefon dan sekarang Imran telah meneruskan pengajian. 

"Tetapi apa yang berlaku kepada anggota yang sombong itu!" Selepas 2 bulan berlaku berlalu, Beliau telah terlibat dengan kemalangan jalanraya dan meninggal dunia. Itu kehendak Allah SWT. Mungkin banyak sangat menyusahkan hidup orang lain dengan kuasa yang ada. Ditarik nyawanya supaya tidak lagi dapat menyusah hidup orang lain pula pada masa akan datang. Begitu juga dengan kes adik-adik yang lain yang dianiaya yang selalu kita baca dalam akhbar. Jangan menganiaya orang lain. Allah SWT akan membayar "cash" di dunia ini juga.

Dari kejadian itu, semuga menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada kita. Jangan menganiaya hidup orang lain hanya kerana kita ada kuasa, tidak suka atau setuju dengan pendapat. Jika perbuatannya dapat dimaafkan, maafkanlah kerana membalas dendam adalah sifat Syaitan dan Iblis. Sekiranya dapat menolong orang dalam kesusahan, lakukanlah dengan kuasa yang ada pada kita.

Jazakallah Khairan. 


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2010/07/orang-yang-dianiaya-doanya-tiada-hijab.html#ixzz1YTI0wdfH
Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/05/cara-pasang-facebook-like-button.html#ixzz1YTMVPkHZ

Thursday, August 26, 2010

Kelebihan Minyak Zaitun Extra Virgin Oil

PENGENALAN


Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN
Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
Antioksidan dan antikanser
Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
Membekal vitamin E
Kecantikan (kulit dan rambut)
Kestabilan asid lemak
Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
Kegunaan masajterapi

Penggunaan:
Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.

Isipadu: 700ml

Harga:

Semenanjung RM 40

Sabah & Sarawak RM 45

Artikel Berkaitan Minyak Zaitun

Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun HPA kedalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan.

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

HADITH:

1.”MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI”, diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2.”ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR”, diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan dizaman Nabi Noh A.S melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.

Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, “Kalamata olive” berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½” ke 1″. Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.

Minyak zaitun HPA adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai agen serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun HPA boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit.

Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.

Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.

Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.

Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh “Harvard School of Public Health” dan “Athens School of Public Health” mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti “Germans Trias Pujol” di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari “Institute of Health Science” membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

CARA PENGAMBILAN:

1.Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2.Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3.Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Satu lagi minyak zaitun sangat baik juga untuk program detox (pembuangan racun dihati). InsyaAllah.

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

Kredit : Dunia Herba Hpa Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/05/cara-pasang-facebook-like-button.html#ixzz1YTMVPkHZ

Intense Debate Comments

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails